Saturday, June 04, 2011

LM2021 ; Taklimat Ringkas Mengenai Refleksologi Kaki!

This is my first task in bahasa class, and it's an individual task. I'm going to present about FOOT REFLEXOLOGY...wish me da best! amin!


Nama ;    Athirah Binti Dan
No. Matrik ;  1019252
Kursus  ; Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya (LM 2021)
Seksyen ;    31
Audiens  ; Para Peserta Latihan Kursus Refleksologi Lanjutan
Majlis ; Program Latihan Kursus Refleksologi Lanjutan
Bilangan ; 20 orang
_________________________________
Tajuk   :           Rekfleksologi kaki (urut tapak kaki)
Oleh    :           Penolong Pengarah Pemasaran Refleksologi

بسم الله الرحمن الرحيم 

Terima kasih Yang Mulia Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia, Pengarah Eksekutif Syarikat Refleksologi Enterprise En. Roslan Hamidi,
Yang Berbahagia, Doktor kamaruddin Bin Mohd,
Yang dihormati wakil-wakil dari Jabatan Pemasaran Rekfleksologi dan para hadirin sekalian,
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejatera.

Selaku Penolong Pengarah bahagian Pemasaran Rekfleksologi,saya amat mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari sekalian ke program latihan anjuran pihak syarikat rekfleksologi ini.
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan maksud rekfleksologi. Menurut pakar refleksi, kawasan refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan.  Jadi, refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan. Secara ringkasnya, ilmu refleksologi adalah mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit.


Dari sudut sejarah, Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang berasal dari Arab tetapi  popularkan oleh China. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara, Mesir dalam piramid Ankhmaho menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain.
Bukti arkeologi di Mesir (2330 SM), China (2704 SM) dan Jepun (690 M) menunjukkan sistem perubatan refleksologi kuno sudah ditemui. Manakala di Barat, konsep refleksologi mula muncul pada abad ke-19. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Selain itu, rawatan Refleksologi sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan Islam tertua didunia. 

Maksud titik refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan aliran darah supaya dapat membawa bekalan zat makanan,enzim,hormon dan oksigen ke seluruh badan. Uutan refleksologi juga memberi laluan kepada darah untuk membawa keluar segala jenis kekotoran atau toksin menerusi peluh,kencing dan kentut yang menyebabkan kesakitan dan penyakit.
Antara lain, urutan pada bahagian tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh dan turut membantu melancarkan sistem penghadaman.Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan pada tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah membuang air besar.

Urutan refleksologi kaki sememangnya sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang disyorkan menjalani rawatan ini kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara kerana disitulah terletaknya perkaitan yang rapat kepada masalah kesihatan seseorang.

Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.
 
Tambahan pula, kesan dari tekanan dan kekurangan zat tertentu juga boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi memainkan peranan membantu bagi membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Secara keseluruhan, kaedah refleksologi membekalkan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia dan rawatannya hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap. 

Setakat ini sahaja taklimat saya mengenai kaedah refleksologi kaki. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Sekian, terima kasih.

 So, how is it? good or not? haha..does not matter becoz my aim is to share..coz it's GIVING!!! 

p/s ; ''Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta''   : ) = giving is much better than asking...

2 comments:

NurHiDaYah said...

gud luck kak mona!!

Mona_liSa said...

haha...xie xie..lega dh wat ucapan, next week, forum plak..

Post a Comment