Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU ''SMK ASAS''...Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sri Aman Saratok, Sarawak!





Post ini ingin ku dedikasikan khas kepada guru-guru dari SMKASAS, Sarawak, Bumi Kenyalang! huhu...Ruangan ini sekadar untuk memperingati jasa-jasa mereka yang tidak ternilai buat aku. Mengajar bukan setakat ilmu di dalam buku teks tetapi ilmu tentang kehidupan! Terima kasih segalanya untuk guru-guru ku yang telah berbakti kepada warga SMKASAS. Sememangnya mereka parents ke-2 selepas ibu bapa kandung kerana didikan yang dicurahkan kepada kita. Hargailah setiap didikan yang datang kepada kita tidak kira siapa yang memberinya. Hidup ini terlalu singkat untuk di sia-siakan..kan? macam nak bagi ceramah pulak..tetapi pada pandangan (pendapat hak individu tau) sebenarnya hidup ini terlalu panjang untuk kita abaikan. ALLAH bagi masa yang banyak untuk hamba-hambaNYA dalam melayari kehidupan seharian namun, manusia semakin lupa akan hakikat bahawa ALLAH must comes first! not this world! Taatilah pemimpinmu...ALLAH, setelah itu para Rasul-Nya, & juga pemerintah dikalangan kamu termasuk mereka yang bergelar CIKGU aka TEACHER! selagi arahan itu tidak bertentangan dengan syariah. Dear all my friends, please remember this k..

Para Guru yang sungguh berdedikasi dalam menyampaikan ilmu kepada kita ! Guru mengajar berdiri lama tu, para pelajar pulak sedap duduk..

Mereka sering mengatakan, ''jangan berputus asa, buat yang terbaik untuk masa depan kamu! bukan mereka!'' *gambar hiasan semata-mata k..
Kepada guru-guru SMKASAS, ( termasuklah semua insan yang bergelar guru tak kira siapa
atau dimana jua mereka berada ), ribuan terima kasih ku ucapkan atas semua tunjuk ajar selama
ku berada disana. Terlalu besar nilai semua itu untuk diganti dengan harta benda. Hanya
kejayaan di masa hadapan dapat dijadikan sandaran sebagai tanda penghargaan atas penat-lelah
guru-guru sekalian dalam perjuangan untuk menjadikan kami semua sebagai insan yang
cemerlang di dunia & akhirat. Insyallah kejayaan itu pasti dengan bantuan para guru sekalian.
Syukran Jazilan!


Panjang intro aku nih..haha..ok, bawah ni adalah wajah-wajah guru aku di smkasas yang banyak
jasanya. Sepuluh jari ku susun sebagai tanda meminta maaf kepada mereka kerana
mengDOWNLOAD gambar-gambar ni dari facebook tanpa izin..hehe..tapi post ni
sememangnya khas aku peruntukkan sebagai 'commemoration post'. Jadi, bila-bila masa aku
boleh tengok walaupun tak ada orang singgah kat post atau blog ni. tak pe..life must go
on..haha..tapi tak semua ada sebab tak tau nak cari kat mana sdh..yang penting, aku tak akan
lupa mereka semua ni, insyallah! semoga tak cepat nyanyuk lh..gambar siapa nak letak dulu?
hehehe..

Guru-Guru SMKASAS!

Barisan Pendidik Warga SMKASAS


Cikgu Ismawati Omar

Madam Christina Alban. * birhtday = teachers day!

Ustazah Ratizam Mohd

Madam Faridah Husna Abdullah


Mrs Rosmariani

Ustazah Yanti Octavia

 
Miss Azean Johari





Seterusnya, antara guru-guruku yang sudah menamatkan kehidupan single aka berumahtangga.
Semoga kehidupan rumahtangga dirahmati ALLAH selalu. amin!

Mrs Faridah Husna / Mr Mohd Bano
Mr Nuraffiddin


Mr Saiful Sa'ie / Mrs Sharifah




Mrs Rosmariani
im sure everyone loves their teachers!


 p/s ; i wanna share...

Auf Bin Asyja'i berkata,

Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka yang kalian cintai, dan mereka pun mencintai kalian; mereka mendo'akan kalian dan kalian pun mendoakan mereka. Seburuk-buruk pemimpin kaian adalah mereka yang kalian benci dan mereka pun membenci kalian; kalian melaknat mereka dan mereka pun melaknat kalian.’

3 comments:

gadis perkasa said...

sayangilah guru-guru anda~

Mona DE Vinci said...

guru salah satu sumber ilmu...kan3..

Fauzan Zain said...

Guru ibarat lilin

Post a Comment