Saturday, May 14, 2011

Kuasa minda a.k.a the power of human mind!




Minda mempunyai pengaruh yang besar kepada diri individu. 
 Mengikut sebuah kisah, suatu masa dahulu, seorang hartawan mengadakan majlis kenduri di rumahnya. Semasa para tetamu sedang asyik menjamu selera, tiba-tiba tukang masak membisikkan sesuatu kepada tuan rumah. Secara spontan, tuan rumah menghimpunkan orang yang hadir & menjelaskan bahawa tukang masak terbubuh racun tikus dalam  makanan yang dihidangkan. Beliau meminta maaf atas perbuatan yang tidak disengajakan itu. 

Tiba-tiba, para hadirin menyerbu ke tandas kerana secara spontan berasa loya & sakit perut. Doktor dipanggil dan akhirnya diketahui tuan rumah tersilap faham. Rupa-rupanya, lain yg diceritakan tukang masak, lain pula yang difahami oleh tuan rumah. Hadirin menarik nafas lega & ramai yang sebentar tadi berasa loya & sakit perut mula berasa sihat & segar kesan daripada maklumat yang baru mereka terima.



          Begitulah kesan & pengaruh minda pada diri kita. Apabila minda mberitahu saudara bahawa saudara sepatutnya sakit, saudara akan sakit. Apabila ia memaklumkan saudara bodoh, saudara akan bertindak sebagai orang yang bodoh. 

Sebaliknya, apabila ia berkata saudara boleh, insyallah banyak perkara dapat dilakukan dlm hidup ini. Seperti jam gerak, minda menggerakkan saudara mengikut perkara yang dititipkan dalamnya. Justeru, masukkan ke dalam minda pkara yang positif & saudara dapat memahirkan tindakan
yang positif.


p/s ; sharing...
minda kecil berbicara tentang manusia
minda sederhana berbicara tentang peristiwa
minda besar berbicara tentang idea!

4 comments:

Nurhidayah said...

bila nk tkr template? ajak dtg bilik x nk..=(

Mona DE Vinci said...

amboi..komen lh yg ade link ngn post ni..haha

e y r a . t a j u d d i n said...

oh i found one youtube vid, shared on fb wall. ultraman nyanyi lagu guru msia ni.. he he. comey la jugak. anyway, great effort darl!

Mona DE Vinci said...

thanks eyra...ultraman? haha..mesti funny kn..

Post a Comment