Tuesday, June 14, 2011

ohh MY (LM2021) FORUM...hehehe...

This is our second task from Sir Kamarudin P.Mohd. it's FORUM! huhu...we are the 1st group to present it today..excited but of course we feel nervous to death also! haha..no matter what..chaiyok my team-mates k :) guys, if you read this, do state your comment plez and thanks.

FORUM PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN  ANJURAN UIAM 2011

this is  Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood!
Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera & salam pertemuan dalam forum perdana peringkat kebangsaan anjuran pihak uiam pada 2011. Syukur Alhamdulillah kerana pada hari ini, dapat kita meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan mencambah fikiran mengenai topik yang bakal kami kupas satu-persatu. Tajuk forum  kita pada hari ini adalah KEMAJUAN EKONOMI SAHAJA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAN SESEBUAH NEGARA. Baiklah, sebelum kaki mengatur langkah, sebelum kata mengatur bicara, molek benar kiranya saya memperkenalkan diri serta ahli-ahli panel kita. Saya,  Athirah binti Dan akan mempengerusikan forum kita pada hari ini dan menemani saya 3 org ahli panel kita yang cukup berwibawa. Saya yakin para hadirin amat mengenali ahli-ahli panel jemputan kita di hadapan ini kerana inilah antara barisan pemimpin negara kita pada masa sekarang. 
 (all this characters we use in our forum..just to make it real & fun...)

Ahli panel 1 : YAB Tan Sri  Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin  ( Timbalan PM & Menteri pelajaran ) = pendidikan
aka hafeez

Ahli panel 2 : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan menteri di jabatan perdana menteri) = pemimpin


aka anis


Ahli panel 3 :  Datuk Seri Sharizat Jalil  (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) = sosial
aka farhana

Pusingan pertama

Dalam pembentukan sesebuah Negara, sememangnya banyak aspek yang perlu diambil kira termasuklah aspek ekonomi. Namun, banyak lagi aspek lain yang kita perlu tekankan selain daripada ekonomi semata-mata. Jadi, tanpa memanjangkan lagi mukaddimah ini, dengan segala hormatnya saya mempersilakan ahli panel kita yang pertama iaitu YAB tan sri  untuk mengutarakan pandangan beliau mengenai topik ini.
Terima kasih YAB tan sri  diatas pandangan tersebut. Apa kata, kita beri peluang pula kepada ahli panel yang kedua, datuk dr mashitah Ibrahim untuk melontarkan pandangan beliau.
Terima kasih diucapkan kepada dr mashitah. Kelihatannya, ahli panel kita yang ketiga sudah tidak sabar untuk turut berkongsi idea. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh datuk dr mashitah sebentar tadi di mana pemimpin merupakan tunjang utama dalam menjamin kebahagiaan sesebuah negara.  Jadi, apa pula pandangan datuk seri mengenai perkara ini? 

Pusingan kedua

Baiklah hadirin sekalian, sedar tidak sedar kita sudah hampir ke penghujung. Jadi apa pula harapan atau pesanan dalam menyimpulkan isu yang kita bangkitkan pada hari ini. Baiklah, kita mulakan dengan datuk dr mashitah. Silakan. Bagaimana pula dengan  YAB tan sri? Dan apa pula kata datuk seri?

penutup

Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi megupas topic kita pada hari ini, dan para hadirin yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar. Aspek ekonomi sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara kerana disifatkan sebagai tulang belakang. Lumpuhnya ekonomi boleh menyebabkan kebinasaan kepada negara yang berkenaan. Walaubagaimanpun, aspek-aspek yang lain contohnya sebagaimana yang ahli-ahli panel kita hujahkan sebentar tadi iaitu aspek pendidikan, politik dan kesejahteraan sosial tidak boleh diabaikan kerana kebahagiaan sesebuah negara itu memerlukan gabungan daripada aspek-aspek ini. Akhir kata dari saya, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf andai ada terlanjur kata terkasar bahasa kerana sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kami dan  yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t.  sehingga kita berjumpa lagi, sekian. 

Alright, this one is our panel's points..also we submit to Sir Kamarudin for him to mark it. something simple but we wish to get a good marks..are we deserve? hehe...


TAJUK FORUM :
‘’KEMAJUAN EKONOMI SAHAJA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN SESEBUAH NEGARA’’
                                 
KURSUS               :  BAHASA MELAYU KOMUNIKASI UNTUK KERJAYA ( LM2021 )
SEKSYEN             :  31
PENSYARAH        :  KAMARUDIN BIN P.MOHD


AHLI-AHLI KUMPULAN            :  

1.      ATHIRAH BINTI DAN                                             ( 1019252 )
2.      ANIS FATIHAH BINTI ALI SHAIFFUDIN             ( 1010012 )
3.      NUR FARHANA BINTI RIDZUAN                         ( 1013710 )
4.      MOHAMAD HAFEEZ BIN MOHD DAHLAN        ( 1010133 )


ASPEK POLITIK
  • Faktor utama yg menentukan kbhgn atau kepincangan sesebuah Negara itu adalah   pemimpinnya.
  • Jika bagus pemimpinnya,maka bahagialah Negara tersebut.  
  • Masalah utama kepincangan  negara adalah rasuah. 
  • Contoh Negara yang “mengungguli” kes rasuah ialah Filipina.
  • Rasuah merupakan satu jenis jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan,kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas member wang atau hadiah kepada pihak tersebut
  • Kesan negatif rasuah:
§  Menghancurkan keadilan dalam masyarakat.
§  Masyarakat menjadi kurang kemahiran.
§  Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembab.
  • Islam juga sekeras-kerasnya menentang rasuah.
·         Sabda Nabi:
§  “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja,dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki(gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul(pengkhianatan).

ASPEK KESEJAHTERAAN SOSIAL
  • Kesejahteraan social dapat didefinasikan sebagai keaadaan sejahtera dari suatu masyarakat, meliputi, kesihatan, keadaan ekonomi, kebahagian dan kualiti hidup rakyat
  • Kesejahteraan sukar untuk dicapai dan antara factornya adalah kerana pejabat Negara yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga pemberian bantuan yang tidak sekata dan tidak tepat pada sasaran
  • Untuk menjamin kebahagian rakyat, etika pejabat Negara patut diperbaiki, menghulurkan bantuan kepada keluarga keluarga yang memerlukan, meningkatkan mutu pendidika

ASPEK PENDIDIKAN

  • sememangnya ekonomi sahaja tidak menjamin dalam kebahagiaan dan kemajuan sesebuah negara
  • Pendidikan juga merupakan salah satu daripada faktor utama kepada kebahagian dan kemajuan sesebuah negara
  • Tanpa pendidikan yang cukup, sesebuah negara itu pasti kekurangan kemahiran dan seterusnya kemajuan tidak dapat dicapai
  • Banyak program-program dan agenda-agenda telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan tahap pendidikan di negara kita mencapai objektif
  • Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan untuk  memperluaskan lagi akses kepada pendidikan yang berkualiti
  • mengenal pasti peranan penting pendidikan dalam memperkasakan daya saing ekonomi serta peranannya dalam membangunkan 1Malaysia
  • Pendidikan yang bertumpu kepada sektor swasta sebagai pelengkap utama agenda pendidikan Kerajaan.
  • Kerajaan komited untuk menggalakkan sektor pendidikan swasta yang berpotensi besar ini dengan menghapuskan segala rintangan yang menghalang kemasukan dan pembangunan industri pendidikan
  • sektor swasta menyahut cabaran ini,melangkah ke hadapan dan bekerjasama dengan kami dalam usaha memacu Malaysia mencapai status negara maju.”
           
how is it? hohoho...i write in malay coz this is malay forum. u may translate & copy-paste it k, no worries. there'll be no copy right issues. huhu...

p/s : originality is from my team-mates & me (ehem...sumber of coz from internet da)...!

Saturday, June 04, 2011

LM2021 ; Taklimat Ringkas Mengenai Refleksologi Kaki!

This is my first task in bahasa class, and it's an individual task. I'm going to present about FOOT REFLEXOLOGY...wish me da best! amin!


Nama ;    Athirah Binti Dan
No. Matrik ;  1019252
Kursus  ; Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya (LM 2021)
Seksyen ;    31
Audiens  ; Para Peserta Latihan Kursus Refleksologi Lanjutan
Majlis ; Program Latihan Kursus Refleksologi Lanjutan
Bilangan ; 20 orang
_________________________________
Tajuk   :           Rekfleksologi kaki (urut tapak kaki)
Oleh    :           Penolong Pengarah Pemasaran Refleksologi

بسم الله الرحمن الرحيم 

Terima kasih Yang Mulia Pengerusi Majlis,
Yang Berbahagia, Pengarah Eksekutif Syarikat Refleksologi Enterprise En. Roslan Hamidi,
Yang Berbahagia, Doktor kamaruddin Bin Mohd,
Yang dihormati wakil-wakil dari Jabatan Pemasaran Rekfleksologi dan para hadirin sekalian,
Assalammualaikum w.b.t dan salam sejatera.

Selaku Penolong Pengarah bahagian Pemasaran Rekfleksologi,saya amat mengalu-alukan kehadiran saudara dan saudari sekalian ke program latihan anjuran pihak syarikat rekfleksologi ini.
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan maksud rekfleksologi. Menurut pakar refleksi, kawasan refleksi adalah kawasan titik pusat urat-urat saraf. Setiap titik refleksi berhubung rapat dengan bahagian tertentu badan.  Jadi, refleksologi adalah seni pemulihan semula jadi yang berasaskan kepada prinsip asas iaitu tangan, kaki dan telinga dipercayai ada kaitan dan memberi gerak balas terhadap seluruh anggota, kelenjar dan organ badan. Secara ringkasnya, ilmu refleksologi adalah mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit.


Dari sudut sejarah, Refleksologi adalah kaedah perubatan kuno yang berasal dari Arab tetapi  popularkan oleh China. Lukisan dinding Mesir kuno yang dijumpai di Saqqara, Mesir dalam piramid Ankhmaho menunjukkan dua lelaki mengurut tangan dan kaki lelaki lain.
Bukti arkeologi di Mesir (2330 SM), China (2704 SM) dan Jepun (690 M) menunjukkan sistem perubatan refleksologi kuno sudah ditemui. Manakala di Barat, konsep refleksologi mula muncul pada abad ke-19. Malah, kaedah sama diamalkan penduduk asli Amerika Utara dan semakin popular di Eropah dan Amerika Syarikat. Selain itu, rawatan Refleksologi sebenarnya merupakan satu kaedah perubatan Islam tertua didunia. 

Maksud titik refleksi adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan aliran darah supaya dapat membawa bekalan zat makanan,enzim,hormon dan oksigen ke seluruh badan. Uutan refleksologi juga memberi laluan kepada darah untuk membawa keluar segala jenis kekotoran atau toksin menerusi peluh,kencing dan kentut yang menyebabkan kesakitan dan penyakit.
Antara lain, urutan pada bahagian tengah tapak kaki berkesan untuk merangsang tindak balas terhadap kawasan refleks adrenal dalam tubuh dan turut membantu melancarkan sistem penghadaman.Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan pada tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah membuang air besar.

Urutan refleksologi kaki sememangnya sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Warga tua yang mengalami sakit sendi dan sengal tulang disyorkan menjalani rawatan ini kerana ia mengembalikan semula kedudukan lengkungan tulang pada tapak kaki yang tidak sejajar selain sesuai kepada wanita yang gemarkan aktiviti lasak. Langkah pencegahan perlu dengan memastikan otot, tulang, sendi dan ligamen sentiasa terpelihara kerana disitulah terletaknya perkaitan yang rapat kepada masalah kesihatan seseorang.

Ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi boleh meredakan tekanan, sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran. Tekanan yang tidak terkawal bukan saja merangsang masalah fikiran, tetapi boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan penyakit sedia ada semakin mudarat.
 
Tambahan pula, kesan dari tekanan dan kekurangan zat tertentu juga boleh mengganggu sistem pertahanan badan. Di sinilah refleksologi memainkan peranan membantu bagi membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Secara keseluruhan, kaedah refleksologi membekalkan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia dan rawatannya hanya memerlukan teknik urutan untuk merangsang mekanisma badan semula jadi untuk berfungsi dengan cekap. 

Setakat ini sahaja taklimat saya mengenai kaedah refleksologi kaki. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan sila kemukakan kepada saya dalam sesi soal jawab selepas ini. Sekian, terima kasih.

 So, how is it? good or not? haha..does not matter becoz my aim is to share..coz it's GIVING!!! 

p/s ; ''Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang meminta''   : ) = giving is much better than asking...