FORUM PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN ANJURAN UIAM 2011
this is Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood! |
(all this characters we use in our forum..just to make it real & fun...)
Ahli panel 1 : YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin ( Timbalan PM & Menteri pelajaran ) = pendidikan
Ahli panel 2 : Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan menteri di jabatan perdana menteri) = pemimpin
aka anis |
Ahli panel 3 : Datuk Seri Sharizat Jalil (Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat) = sosial
Pusingan pertama
Dalam pembentukan sesebuah Negara, sememangnya banyak aspek yang perlu diambil kira termasuklah aspek ekonomi. Namun, banyak lagi aspek lain yang kita perlu tekankan selain daripada ekonomi semata-mata. Jadi, tanpa memanjangkan lagi mukaddimah ini, dengan segala hormatnya saya mempersilakan ahli panel kita yang pertama iaitu YAB tan sri untuk mengutarakan pandangan beliau mengenai topik ini.
Terima kasih YAB tan sri diatas pandangan tersebut. Apa kata, kita beri peluang pula kepada ahli panel yang kedua, datuk dr mashitah Ibrahim untuk melontarkan pandangan beliau.
Terima kasih diucapkan kepada dr mashitah. Kelihatannya, ahli panel kita yang ketiga sudah tidak sabar untuk turut berkongsi idea. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh datuk dr mashitah sebentar tadi di mana pemimpin merupakan tunjang utama dalam menjamin kebahagiaan sesebuah negara. Jadi, apa pula pandangan datuk seri mengenai perkara ini?
Pusingan kedua
Baiklah hadirin sekalian, sedar tidak sedar kita sudah hampir ke penghujung. Jadi apa pula harapan atau pesanan dalam menyimpulkan isu yang kita bangkitkan pada hari ini. Baiklah, kita mulakan dengan datuk dr mashitah. Silakan. Bagaimana pula dengan YAB tan sri? Dan apa pula kata datuk seri?
penutup
Terima kasih kepada semua ahli panel yang sudi megupas topic kita pada hari ini, dan para hadirin yang sudi meminjamkan telinga untuk mendengar. Aspek ekonomi sangat penting dalam pembinaan sesebuah negara kerana disifatkan sebagai tulang belakang. Lumpuhnya ekonomi boleh menyebabkan kebinasaan kepada negara yang berkenaan. Walaubagaimanpun, aspek-aspek yang lain contohnya sebagaimana yang ahli-ahli panel kita hujahkan sebentar tadi iaitu aspek pendidikan, politik dan kesejahteraan sosial tidak boleh diabaikan kerana kebahagiaan sesebuah negara itu memerlukan gabungan daripada aspek-aspek ini. Akhir kata dari saya, sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf andai ada terlanjur kata terkasar bahasa kerana sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari kami dan yang baik itu datangnya dari ALLAH s.w.t. sehingga kita berjumpa lagi, sekian.
Alright, this one is our panel's points..also we submit to Sir Kamarudin for him to mark it. something simple but we wish to get a good marks..are we deserve? hehe...
TAJUK FORUM :
‘’KEMAJUAN EKONOMI SAHAJA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN SESEBUAH NEGARA’’
KURSUS : BAHASA MELAYU KOMUNIKASI UNTUK KERJAYA ( LM2021 )
SEKSYEN : 31
PENSYARAH : KAMARUDIN BIN P.MOHD
AHLI-AHLI KUMPULAN :
1. ATHIRAH BINTI DAN ( 1019252 )
2. ANIS FATIHAH BINTI ALI SHAIFFUDIN ( 1010012 )
3. NUR FARHANA BINTI RIDZUAN ( 1013710 )
4. MOHAMAD HAFEEZ BIN MOHD DAHLAN ( 1010133 )
- Faktor utama yg menentukan kbhgn atau kepincangan sesebuah Negara itu adalah pemimpinnya.
- Jika bagus pemimpinnya,maka bahagialah Negara tersebut.
- Masalah utama kepincangan negara adalah rasuah.
- Contoh Negara yang “mengungguli” kes rasuah ialah Filipina.
- Rasuah merupakan satu jenis jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan,kontrak atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas member wang atau hadiah kepada pihak tersebut
- Kesan negatif rasuah:
§ Menghancurkan keadilan dalam masyarakat.
§ Masyarakat menjadi kurang kemahiran.
§ Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembab.
- Islam juga sekeras-kerasnya menentang rasuah.
· Sabda Nabi:
§ “Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja,dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki(gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul(pengkhianatan).
ASPEK KESEJAHTERAAN SOSIAL
- Kesejahteraan social dapat didefinasikan sebagai keaadaan sejahtera dari suatu masyarakat, meliputi, kesihatan, keadaan ekonomi, kebahagian dan kualiti hidup rakyat
- Kesejahteraan sukar untuk dicapai dan antara factornya adalah kerana pejabat Negara yang menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan juga pemberian bantuan yang tidak sekata dan tidak tepat pada sasaran
- Untuk menjamin kebahagian rakyat, etika pejabat Negara patut diperbaiki, menghulurkan bantuan kepada keluarga keluarga yang memerlukan, meningkatkan mutu pendidika
ASPEK PENDIDIKAN
- sememangnya ekonomi sahaja tidak menjamin dalam kebahagiaan dan kemajuan sesebuah negara
- Pendidikan juga merupakan salah satu daripada faktor utama kepada kebahagian dan kemajuan sesebuah negara
- Tanpa pendidikan yang cukup, sesebuah negara itu pasti kekurangan kemahiran dan seterusnya kemajuan tidak dapat dicapai
- Banyak program-program dan agenda-agenda telah dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan tahap pendidikan di negara kita mencapai objektif
- Pada tahun 2009, Kerajaan telah memperkenalkan agenda NKRA Pendidikan untuk memperluaskan lagi akses kepada pendidikan yang berkualiti
- mengenal pasti peranan penting pendidikan dalam memperkasakan daya saing ekonomi serta peranannya dalam membangunkan 1Malaysia
- Pendidikan yang bertumpu kepada sektor swasta sebagai pelengkap utama agenda pendidikan Kerajaan.
- Kerajaan komited untuk menggalakkan sektor pendidikan swasta yang berpotensi besar ini dengan menghapuskan segala rintangan yang menghalang kemasukan dan pembangunan industri pendidikan
- sektor swasta menyahut cabaran ini,melangkah ke hadapan dan bekerjasama dengan kami dalam usaha memacu Malaysia mencapai status negara maju.”
how is it? hohoho...i write in malay coz this is malay forum. u may translate & copy-paste it k, no worries. there'll be no copy right issues. huhu...
p/s : originality is from my team-mates & me (ehem...sumber of coz from internet da)...!